Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
salam kepada semua yang melawati blog me ini . . first of all, terima kasihlah datang jenguk2 blog yang tak seberapa lawa pun tapi padat dan sarat dengan cerita(cerita me aje, bukan korang semua oke!! haha) . . sesiapa yang sekadar tengok aje komen2 lah sikit . . yang ada blog itu become my follower okey . . confirm me follow back . . don't worry okey !! . . my status pula . . ops, sudah berpunya okey . . sorry lah kepada cewek2 di luar sana yang ingin mencuba perawan di sini . . haha! . . number phone?? . . sorry lah, tak boleh promote . . hanya orang tertentu aje ada my phone number . . okey lah, 017-439XXXX . . yang belakang cari sendiri lah~ . . i'm a simple person and absolutely muslim . . i'm not a good boy but i'm not a bad boy ( betul ke?? . . entahlah . . penilaian bukan dari diri sendiri . . tapi anda yang mengenali menilai sendiri . . )

maassalamah wailalliqa'
zi jian :)

Sunday 26 June 2011

kEmBaLi BeRtAuT,,,

salam kepada semua yang masih ada . kalau sudah tiada mampu ucap takziah . 

entry kali ini pendek saja . just want to say admin's relationship come back to the normal . 

hope will fine forever...

:)

Friday 24 June 2011

ThE eNd,,,

salam kepada semua yang sudi membaca blog ini . mungkin ini adalah entry yang terakhir di update kan dalam blog ini . selepas ini blog ini akan sepi dari semua perkara dan menjadi kenangan indah kepada tuannya .


24-06-2011,
tarikh yang amat menyakitkan dalam kamus hidup seorang lelaki . tidak kira lah kepada lelaki macam mana sekalipun, tapi masih membuatkan hati seorang lelaki yang dikatakan tinggi egonya dan keras kepala akan menangis meraung keseorangan tanpa semua orang sedari . pabila pasangan yang sudah lama melayari bahtera kegembiraan dan suatu hari dilanda badai berduri dan lelaki yang dipersalahkan jua . adakah semua kesalahan diletakkan kepada bahu seorang lelaki yang dikatakan akan memimpin atau menerajui sebuah insitusi kekeluargaan suatu masa akan datang ? . back to the main point, tarikh ini yang membawa admin menjadi seorang lelaki dalam kesedihan dan kesunyian sementara . tarikh ini telah berlaku suatu kejadian yang tidak pernah terpikir dalam kamus admin untuk melakukan tapi dorongan pasangan admin dan batasan admin sendiri yang menyebabkan berlakunya perkara terburuk dalam kamus admin dan meninggalkan kesan mendalam dalam hati dan perasaan admin sehingga admin menulis dalam page blog ini . tarikh ini terputusnya ikatan cinta yang disulam selama setahun 3 bulan 10 hari lebur dan hancur berkecai .


perkara ini bukan berlaku secara tiba-tiba tapi sejak berbulan-bulan yang lalu . sejak tahun lepas lagi sudah berlaku pelbagai pergaduhan kecil dan besar yang dimana mampu dikawal dan meningkatkan batas kesabaran setingkat demi setingkat . tetapi, admin masih mampu bertahan kerana niat untuk mengubah dia menjadi yang lebih sempurna dan dipandang tinggi oleh semua orang .


~ admin minta maaf kalau dia sedang membaca entry ini . bukan niat untuk mengaibkan kesalahan dia tapi untuk  memberi nasihat yang mungkin dapat dia ikuti dan mungkin juga pengajaran untuk dia . ~


admin pernah meminta dia untuk berubah sikap kepada yang lebih sempurna dan lebih baik . bukan dia tidak baik, bukan dia terlalu jahat, cuma inginkan yang lebih terbaik lagi . susah sangat untuk dia menerima nasihat dan pandangan admin ? susah sangat untuk mengikuti nasihat yang baik utuk diri sendiri ? memang tidak dinafikan bahawa hati seorang perempuan sangat sensitif seperti jari dihiris pisau yang sangat tajam . kalau admin sendiri mampu mengikuti semua kehendak dia dan dengar serta memberi segala yang dia inginkan, takkan dia sendiri tidak mampu untuk mengikuti kehendak dan permintaan admin sendiri . permintaan admin bukannya untuk melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan diri admin dan dia walaupun peratusan itu masih ada tetapi sangat kecil . admin tahu dia sangat keras hati dalam menerima nasihat admin tapi admin tetap teruskan niat untuk mengubahnya menjadi lebih baik dan sempurna .


tetapi sejak seminggu dua ini, batas kesabaran semakin memuncak dan masih mencari masalah walaupun sudah mengetahui dalam proses berdamai . sakit hati admin tidak pernah dia untuk cuba fahami tetapi dia pula lebih suka mendiamkan diri . sebaliknya, kalau dia sedang merajuk, admin lah orang yang paling banyak hantar pesanan ringkas, telefon dan sebagainya untuk tenangkan hatinya kembali . sebabnya admin memikirkan bahawa dia akan menduduki peperiksaan penting dan amat penting dalam hidup seorang manusia . tidak sampai sebulan masuk alam universiti, dia tidak langsung memahami betapa sukarnya menjadi seorang pelajar universiti . memanglah semua orang pernah berbicara ahawa kehidupan kampus lebih bebas tetapi hakikatnya perlu lebih belajar dan korban masa . tidak dinafikan juga kehidupan sebagai pelajar senior sekolah menengah amat lah sibuk tetapi kehidupan mahasiswa 2kali ganda sibuknya or maybe more than twice .


namun sekarang semua sudah terjadi dan tidak mampu lagi untuk meneruskan perhubungan ini . walaupun admin sudah pernah bilang tidak akan sesekali meminta putus, tapi atas desakan dia dan batasan kesabaran sudah hilang, maka perhubungan telah putus dan terlerai ikatan yang telah lama dibina .


kepada dia,
admin harap selepas ini dia mampu berubah seperti mana yang diminta oleh admin sendiri . bukan berubah untuk admin, tetapi berubah demi diri sendiri dan berubah untuk bakal suami dia nanti . sebenarnya dia bukan seorang budak yang jahat atau biadap, tetapi dia seorang yang sangat baik dari sudut pandangan admin sendiri . mungkin amat sukar baginya untuk menerima pandangan dan nasihat admin sebab admin ini bukanlah seorang yang baik serta tetap melakukan dosa jua . admin harap segala kenangan yang telah banyak mencorakkan kehidupan dia dan admin sendiri menjadi mimpi indah untuk dikenang sampai bila-bila . admin harap dia cekalkan hati menerima keputusan ini dan belajarlah bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang diingininya . semua hadiah yang diberikan harap simpan . atau erti kata lain, semua itu sudah menjadi milik dia dan terpulanglah kepada dia untuk berbuat apa pun . admin hanya mampu berdoa agar dia cemerlang dalam hidup .


semoga dia mampu hadapi onak kehidupan bersendirian dan berjaya suatu hari nanti .


Monday 20 June 2011

PeRaNtAuAn,,,

salam kepada semua..
minta maaf ler sebab sekarang sangat2 busy ckit because dah menjadi student..
back to student life..


new life..
new journey..
new friends..


so,nanti sudah cuti baru create new story..
have many type of story..
biasa lah,dah berpindah ke negeri orang..


just wait and see..


*sorry no photo upload..will coming soon with new post..