Salam kepada semua pembaca,
Cerita ini sekadar sebagai bahan bacaan semata-mata..semua yang terlibat adalah secara kebetulan dan secara tidak sengaja..
1 Januari 2011,
Aku dengan tergesa-gesa keluar rumah setelah mendapat berita yang amat mengejutkan diriku..aku mencapai kunci kereta yang diletakkan di atas meja dan terus masuk ke dalam kereta..hari hujan agak lebat dan tidak menunjukkan akan berhenti..aku terus memandu dengan lajunya sehinggakan lampu merah tidak lagi aku hiraukan..yang lebih penting adalah seseorang yang sedang berlawan dengan maut di bilik pembedahan..kenapa awak tidak pernah menceritakan semua ini kepada aku?..kenapa mesti ada rahsia antara kita walaupun pernah berjanji akan senantiasa bersama walau apa jua sekali pun?..kenapa mesti awak yang alami masalah ini?..kenapa?..dan kenapa??????
***************************
25 Mei 2005,
Hari ini aku telah berjaya merealisasikan impianku..akhirnya harapan aku untuk dapat segulung ijazah terukir jua dalam kamus hidupku..dan juga untuk menunaikan hajat arwah ibu bapaku yang ingin melihatku berjaya dan menjadi seorang jurutera dalam bidang penerbangan tercapai..aku dan juga kawan-kawan yang lain telah mengharungi kehidupan yang menyeronokkan di kampus bakal berakhir kerana hari ini aku dan semua kawan-kawan aku akan mengikut haluan masing-masing..setelah selesai aku pulang ke teratak vila..aku pulang dengan segulung ijazah dan esok bakal ke tempat kerjaku di Qatar dengan kawan baikku,Vincent..aku dan Vincent memang kawan baik sejak dari sekolah lagi..lagipun dia duduk bersebelahan dengan rumahku..sejak pemergian ibu ayahku kerana kemalangan jalan raya,keluarganya telah banyak membantuku untuk teruskan impianku ini..
Hari pertama aku sampai di sana,banyak orang yang telah mengenaliku berdasarkan pencapaian dalam pendidikan..semuanya lancar hinggalah suatu hari aku berjumpa seseorang yang telah mengubah hidupku..aku mendapat tahu dari Vincent bahawa ‘dia’ bekerja di tempat yang sama denganku dan dia pekerja baru..pada keesokan harinya, aku telah berjumpa dengannya secara tidak sengaja di lobi hotel berdekatan dengan tempat tinggalku di sana..rupanya ‘dia’ juga orang Malaysia..tidak ku sangka..bermulalah bibit perkenalan hinggakan percintaan..namun,etika kerja tetap diutamakan di tempat kerja..’dia’ seorang yang berkulit sawa matang dan bermata besar..bukan mudah untuk mencari seorang perempuan Melayu yang mempunyai sedemikian rupa..namun,cuma satu sahaja yang senantiasa menjadi persoalan dalam benak sanubari hatiku...dalam sebulan bekerja ‘dia’ akan cuti selama seminggu..acap kali aku bertanya namun jawapan tetap sama,
“awak,saya cuti kerana terlalu letih bekerja dan perlu rehat banyak sebab tidak tahan dengan cuaca di sini..terlalu panas la awak..saya tidak tahan cuaca panas”
Aku mampu terima jawapan tersebut..tetapi setiap kali selepas cuti mesti nampak agak keletihan..pabila ditanya, ‘dia’ sekadar senyum….
Suatu hari ketika keluar makan bersama,tiba-tiba ‘dia’ terjatuh dari tempat duduknya..aku agak terkejut dan terus hantar ‘dia’ pulang ke rumah ‘dia’..nasib baik masih ada kawannya di rumah..keesokan harinya,aku bertanya kepadanya kenapa pengsan secara tiba-tiba,dan ‘dia’ hanya cakap cuma penat..aku mula syak sesuatu namun ku pendam dalam hati…
10 Oktober 2010,
Hari ini aku telah pulang ke tanah air untuk berkhidmat dengan negara sendiri..termasuklah ‘dia’..’dia’ merupakan seorang yang sangat rajin bekerja..dan tujuan yang sama juga balik ke kampung untuk menyampaikan hajat bahawa aku dan ‘dia’ ingin mengikat tali pertunangan..’dia’ amat istimewa bagiku..setiap perilakunya membuatkan aku merasa sayang dengan dia..sebelum ‘dia’ bersetuju,’dia’ ada bertanyakan kepadaku,
“Kenapa awak ambil saya sebagai teman hidup awak selamanya?,”..
Aku berkata,
“sebab awak telah menyebabkan saya kembali ceria setelah pemergian ibu bapaku,”..
‘dia’ balas,
“kalau ditakdirkan saya pergi dulu sebelum awak,apa yang awak akan lakukan?,”..
Aku berkata,
“saya akan bahagiakan awak sampai awak pergi..biarlah awak pergi dengan tenang..asalkan awak sudah mendapat kebahagiakan yang dicari,”..
‘dia’ tersenyum…
***************************
Dalam keadaan yang tergesa-gesa,aku memandu bagaikan orang gila..aku seakan-akan tidak percaya yang ‘dia’ mengalami kanser hati di peringkat kritikal..’dia’ tidak pernah memberitahu kepadaku walaupun aku adalah bakal suaminya nanti..
***************************
Sehari sebelum kejadian,
‘dia’ ada memberitahu yang ‘dia’ akan pergi selamanya..namun,aku hanya mengharap ‘dia’ hanya sekadar bergurau..kerana aku pasti semua orang akan pergi dijemput-Nya..
***************************
Tetapi itu semua sudah terlambat..tarikh ini sepatutnya menjadi tarikh indah bagi semua orang namun bagiku ianya sebuah kenangan..tarikh ini di mana aku menjadi suami yang sah kepada ‘dia’ tetapi sekadar dalam mimpi..tiba-tiba,aku tersedar dari lamunan dan aku hampir terlanggar dengan sebuah lori dek hujan yang lebat..aku memberhentikan kenderaanku dan ishtifar berulang kali..aku berdoa semoga ‘dia’ selamat dalam pembedahan walaupun harapan untuk hidup hanyalah sebanyak 30%..setibanya di hospital,aku terus ke dewan pembedahan menuggu dengan penuh debaran dan sabar..sambil berdoa kepada-Nya..
25 minit kemudian,
Doktor keluar..aku terus bangun dan mendapatkan doktor..aku bertanya kepadanya,
“doktor,bagaimanakah keadaan tunang saya?,”..
aku bertanya dengan penuh debaran….
“kami telah cuba dengan sedaya upaya kami,namun Allah lebih menyayanginya..harap encik tabah dan redha dengan ketentuan Ilahi,”..
cakap doktor kepada aku..
Aku seakan tidak percaya dengan apa yang diungkapkan oleh doktor tersebut..namun terpaksa menerima pabila melihat sebujur badan yang diliputi oleh selimut putih dan ditolak ke tempat untuk dimandikan dan dikafankan sebelum diserahkan kepada waris..aku meminta kebenaran untuk melihat sebentar wajah ‘dia’ untuk kali terakhir..mukanya amat berseri sekali..tiba-tiba seorang jururawat datang kepadaku dengan membawa sepucuk surat lalu diberikan kepadaku..aku agak terkedu kerana itu merupakan surat yang ditulis oleh ‘dia’ kepadaku ketika ‘dia’ dalam sakit..aku hanya mengetahui ‘dia’ sakit sebaik tiba dari Boston atas urusan kerja..
Aku buka surat tersebut lalu membacanya,
Kepada awak yang disayangi selalu,
Mungkin ketika awak sedang membaca surat ini saya telah pergi ke dunia seterusnya..terima kasih kepada awak yang telah banyak berkorban masa dan segala-galanya demi memenuhi saat-saat terakhir saya tinggal di dunia..mungkin awak berasa sedih dengan pemergianku namun takdir telah menentukan saya pergi dulu sebelum awak..sejak awal perkenalan di Qatar,awak sangat berbeza dengan lelaki yang pernah saya temui di dunia ini..awak telah mengembalikan kembali cahaya kehidupan kepada saya untuk terus hidup..
Awak,
masih ingat ketika kerja di Qatar yang awak bertanya tentang cuti seminggu..cuti itu memang diberikan atas permintaan keluarga saya kerana saya perlu menerima rawatan di hospital untuk mematikan kanser saya..dan ketika makan malam bersama dan tiba-tiba saya pengsan kerana kanser saya telah mula merebak seluruh hati saya..
Awak,
saya minta maaf atas segala penipuan yang telah saya lakukan..serta soalan yang ditanya ketika awak melamar saya itu kerana saya tahu bahawa saya mampu hidup selama 2 tahun sahaja lagi..namun dengan semangat dan rasa sayang awak kepada saya telah menyebabkan saya mampu hidup lebih dari 2 tahun..
Awak,
saya berterima kasih kepada awak kerana telah memberikan kasih sayang yang tidak berbelah bagi sehingga ke tali pertunangan..Cuma andai waktu mampu ditambah mungkin kita mungkin sudah menjadi suami isteri yang sah walaupun dalam tempoh yang singkat..namun, apakan daya maha Pencipta lebih menyayangi saya..terima kasih sekali lagi kepada awak yang telah banyak berkorban segala-galanya untuk saya..
Salam sayang saya untuk awak…
No comments:
Post a Comment