Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
salam kepada semua yang melawati blog me ini . . first of all, terima kasihlah datang jenguk2 blog yang tak seberapa lawa pun tapi padat dan sarat dengan cerita(cerita me aje, bukan korang semua oke!! haha) . . sesiapa yang sekadar tengok aje komen2 lah sikit . . yang ada blog itu become my follower okey . . confirm me follow back . . don't worry okey !! . . my status pula . . ops, sudah berpunya okey . . sorry lah kepada cewek2 di luar sana yang ingin mencuba perawan di sini . . haha! . . number phone?? . . sorry lah, tak boleh promote . . hanya orang tertentu aje ada my phone number . . okey lah, 017-439XXXX . . yang belakang cari sendiri lah~ . . i'm a simple person and absolutely muslim . . i'm not a good boy but i'm not a bad boy ( betul ke?? . . entahlah . . penilaian bukan dari diri sendiri . . tapi anda yang mengenali menilai sendiri . . )

maassalamah wailalliqa'
zi jian :)

Thursday 29 December 2011

Hargai sebelum berlalu pergi . . .

apabila seseorang itu tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan akan tergerak hatinya untuk disayangi dan dicintai. Itu sememangnya lumrah kehidupan seseorang insan yang hidup di dunia ini. perasaan kasih, sayang dan cinta merupakan naluri yang tersemat dalam jiwa setiap manusia yang lahir ke dunia yang bertuah ini. bermula dengan perkenalan sebagai seorang kawan membawa kepada bibit cinta dan sering bertanya khabar setiap masa. pada awal perkenalan semuanya baik dipandang. bak kata orang sudah angau lah katakan. yang nampak hanyalah semuanya baik. apabila sudah menjangkaui beberapa bulan sedikit permasalahan timbul. biasalah, pasangan baru ingin memahami satu sama lain. tak boleh disangkal lagi. terdapat beberapa perkara yang sering dihadapi oleh setiap pasangan. semuanya berjaya dilalui atau sebaliknya iaitu terkandas dipertengahan.


pengorbanan
setiap perkara yang dilakukan oleh pasangan masing-masing mesti ada masalah tak kira kecil atau besar. oleh itu,pengorbanan salah satu pihak amat penting serta perlu dihargai oleh pihak satu lagi. pengorbanan yang dilakukan bukan mudah kerana kadang kala ianya melibatkan hati dan perasaan pelakunya. tidak semua pasangannya mengetahui bahawa pengorbanan yang dilakukan oleh pasangannya sendiri. jika pengorbanan itu diterima,pasti permasalahan tidak lagi sehebat yang dulu. namun, masalah yang timbul apabila satu pengorbanan yang dilakukan itu tidak langsung dihargai oleh pasangannya serta lebih memeritkan hati. mungkin pasangannya tidak perasan akan pengorbanan yang telah dilakukan itu.


saling memahami
konsep saling memahami amat penting dalam setiap perhubungan tidak kira dalm percintaan,kekeluargaan,persahabatan dan sebagainya. namun amat dititiberatkan dalam proses perhubungan antara pasangan. hal ini kerana konsep saling memahami antara satu sama lain merupakan titik tunjang kukuhnya perhubungan yang dibina serta perlu diterapkan dalam hati. konsep ini bukanlah perkara yang besar tapi nilai yang diambil amat berkualiti dan mampu meneruskan perhubungan yang dicipta. jikalau konsep ini tidak langsung atau dianggap remeh pasti perjalanan kehidupan berliku walaupun pemikiran sudah menjangkaui minda kelas pertama atau pemikiran dewasa.


api dan air


ini bukanlah bermaksud kebakaran atau apapun. tapi merupakan konsep atau andaian hati manusia seperti api dan air. api merujuk kepada hati atau perasaan yang sedang marah manakala air merupakan hati yang mendamaikan serta menyejukkan api kemarahan seseorang. air tidak memerlukan api tapi api perlukan air. samalah konsep ini dengan perasaan dan hati manusia. jika seseorang sedang dalam keadaan "api", sebelah pihak perlu menjadi "air". api disini merujuk apabila seseorang dalam keadaan marah, merajuk, cemburu, sakit hati dan sebagainya. jikalau kedua-dua pihak menjadi "api" menambahkan masalah yang sedia ada bukan mengurangkan masalah yang ada. oleh itu, kita perlu faham keadaan dan memahami satu sama lain dan memainkan peranan kita. lebih baik jika senantiasa menjadi "air" kerana air yang elok maka eloklah perhubungan yang dibina.


*selagi masih bernyawa dan mampu untuk mencintai dan dicintai, teruskanlah perhubungan itu. perlulah hargai pasangan sebelum ianya berlalu pergi . . .

1 comment: